Belgium mampu lakar kejutan

Belgium mampu lakar kejutan

THIBAUT Curtois-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois yakin The Red Devils mampu melakar kejutan besar dengan menyingkirkan Sepanyol pada aksi suku akhir Piala Dunia 2026, esok.

Keyakinan itu hadir selepas Belgium mula mempamerkan kebangkitan prestasi yang dinanti-nantikan, sekali gus memberi amaran kepada juara Eropah itu agar tidak memandang rendah keupayaan mereka.

“Setiap pemain dalam pasukan sedar misi ini tidak mustahil. Kami memiliki skuad mantap dengan kualiti yang perlu diberikan perhatian serius oleh Sepanyol,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum sesi latihan pasukan, semalam.

Menurut bintang Real Madrid itu, sejarah bola sepak sering menyaksikan kejutan besar berlaku dalam kejohanan utama seperti Liga Juara-Juara mahupun Piala Dunia dan Courtois yakin Belgium mampu menjadi pencipta kejutan seterusnya.

“Sentiasa ada kejutan dalam setiap kejohanan termasuk Liga Juara-Juara, Liga Europa, Piala Dunia.

“Saya rasa kami boleh menjadi salah satu daripadanya. Menyingkirkan juara Eropah pastinya akan menjadi satu kejutan besar. Keyakinan itu ada,” katanya.

Courtois, yang dianggap antara penjaga gol terbaik di dunia, amat memahami ancaman Sepanyol berikutan pengalamannya yang pernah beraksi dalam La Liga.

“Saya telah menetap di Sepanyol selama 11 tahun, itu satu jangka masa yang lama, sudah tentu. Kehidupan di sana mengikut jadual yang sedikit lewat dan cuacanya lebih baik. Tetapi akhirnya, saya tetap seorang warga Belgium.

“Bagaimanapun, Sepanyol adalah rumah kedua saya dan saya mungkin akan terus tinggal di sana selepas kerjaya saya berakhir.

“Saya juga mempunyai dua orang anak yang secara semula jadinya lebih bersifat Sepanyol daripada Belgium, tetapi pada akhirnya, perlawanan esok adalah segalanya tentang Belgium,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN