Zaid sertai Pas tidak mengejutkan - Khaled Nordin - Utusan Malaysia

Zaid sertai Pas tidak mengejutkan – Khaled Nordin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd. Zaid Ibrahim menyertai Pas bukan perkara mengejutkan.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata, tindakan bekas pemimpin UMNO Kelantan itu bertujuan mencari tempat berteduh baharu untuk kekal relevan dalam kancah politik tempatan.

“Zaid Ibrahim dah keluar (UMNO) lama. Dia dah keluar lama. Jadi dia mencari-cari tempat teduh.

“Good luck (selamat maju jaya),” katanya ringkas ketika diminta mengulas pengumuman berhubung kemasukan Mohd. Zaid bersama beberapa lagi individu lain ke dalam Pas, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Rejimen Ke-4 Artileri Diraja Kem Segamat, di sini hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN