Piala Dunia 48 pasukan mula dipersoal – Queiroz

Piala Dunia 48 pasukan mula dipersoal – Queiroz

CARLOS Queiroz-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHILADELPHIA: Format Piala Dunia 48 pasukan terus menjadi perdebatan apabila jurulatih Ghana, Carlos Queiroz menyifatkan ia berpotensi mengurangkan nilai keistimewaan kejohanan bola sepak paling berprestij dunia itu.

Menurut Queiroz, penambahan slot pasukan bukan sahaja menjadikan proses kelayakan kurang mencabar, malah turut mengurangkan intensiti saingan di peringkat serantau.

“Dengan terlalu banyak pasukan layak ke Piala Dunia, nilai keistimewaan untuk berada di kejohanan ini masih boleh diperdebatkan,” katanya kepada media.

Beliau turut berpendapat saingan kelayakan di Eropah dan Afrika kini semakin hilang sengat apabila hampir semua pasukan berpeluang ke pentas utama.

“Perlawanan kelayakan juga mula hilang kepentingan kerana terlalu banyak kelonggaran diberikan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Queiroz menegaskan FIFA perlu menilai semula format kejohanan agar proses kelayakan kekal kompetitif, selain mengambil kira beban jadual padat yang dihadapi pemain sepanjang musim.

Mengulas kekalahan 1-2 kepada Croatia, beliau mengakui beberapa kesilapan pertahanan menjadi punca, namun menyifatkannya sebagai pengalaman berharga buat skuadnya.

“Yang penting ialah apa yang kami pelajari. Ia membantu perkembangan pasukan,” katanya.

Walaupun tewas, Ghana tetap mara ke pusingan 32 terakhir selepas menamatkan saingan di tangga ketiga Kumpulan L.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN