Pentagon guna semula nama Komando Pasifik AS

Pentagon guna semula nama Komando Pasifik AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentagon mengumumkan pemulihan semula nama Komando Pasifik Amerika Syarikat (AS) bagi menggantikan Komando Indo-Pasifik AS, sekali gus membatalkan keputusan yang dibuat pada 2018.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan AS, pertukaran nama itu tidak mengubah bidang tanggungjawab komando berkenaan yang meliputi wilayah dari bahagian barat India hingga ke pesisir Pasifik Amerika.

Katanya, misi utama komando itu serta komitmennya untuk mengekalkan rantau yang bebas dan terbuka bersama sekutu serta rakan strategik serantau kekal tidak berubah.

Pentagon menjelaskan, langkah berkenaan dibuat bagi menghormati sejarah panjang komando itu, selain memupuk semangat kebersamaan dan kebanggaan dalam kalangan anggotanya.

Komando Pasifik AS ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua atas arahan Presiden AS ketika itu, Harry S. Truman.

Ia menggunakan nama tersebut selama lebih tujuh dekad sebelum ditukar kepada Komando Indo-Pasifik AS pada 2018, sejajar dengan kepentingan strategik Lautan Hindi yang semakin meningkat dalam dasar keselamatan Washington.

Perubahan nama pada 2018 turut dilihat sebagai sebahagian daripada usaha AS memperkukuh strategi di rantau Asia-Pasifik dalam menghadapi pengaruh China yang semakin berkembang.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN