Ouabhi yakin Maghribi mampu pergi lebih jauh

Ouahbi yakin Maghribi mampu pergi lebih jauh

(DARI kiri) Ketua jurulatih Maghribi, Mohamed Ouahbi meraikan kemenangan bersama Bilal El Khannouss, Chemsdine Talbi dan Anass Salah Eddine selepas menyingkirkan Belanda menerusi penentuan sepakan penalti untuk mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 di Stadium Monterrey, Guadalupe, Mexico, hari ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
MONTERREY: Ketua jurulatih Maghribi, Mohamed Ouahbi percaya skuad Atlas Lions kini memiliki mentaliti dan kualiti untuk melakar perjalanan lebih jauh pada Piala Dunia 2026 selepas menyingkirkan Belanda menerusi penentuan penalti pada pusingan 32 terbaik, awal pagi tadi.

Kejayaan mara ke pusingan 16 terbaik itu mengukuhkan lagi status Maghribi sebagai antara kuasa baharu bola sepak dunia selepas mencipta sejarah muncul negara Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 di Qatar.

“Piala Dunia di Qatar mengubah mentaliti seluruh pasukan Maghribi dan saya berada dalam kedudukan terbaik untuk bercakap mengenainya.

“Pemain, penyokong dan seluruh rakyat Maghribi kini percaya kepada kemampuan kami, mereka meletakkan harapan tinggi kerana tahu sejauh mana pasukan ini mampu pergi,” kata Ouabhi.

Maghribi bakal berdepan tuan rumah bersama, Kanada dalam pusingan 16 terbaik, namun Ouabhi mengingatkan anak buahnya supaya tidak memandang mudah lawan yang disifatkannya mampu memberi ancaman besar.

“Apa yang perlu kami tanam dalam fikiran ialah tiada siapa mampu menghalang kami jika kami bermain seperti kemampuan sebenar kami, namun tiada pasukan yang mustahil untuk ditewaskan jika kami melakukan kesilapan.

“Itulah mentaliti yang saya mahu semua pemain Maghribi miliki, menggunakan segala kekuatan yang ada untuk pergi sejauh mungkin dalam kejohanan ini,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Belanda, Ronald Koeman mengakui kebangkitan Maghribi bukan sesuatu yang mengejutkan kerana negara Afrika itu kini berjaya melahirkan ramai pemain berkualiti yang beraksi bersama kelab-kelab utama Eropah.

Koeman turut menyifatkan peningkatan taktikal serta pembangunan pemain di benua Afrika menjadi faktor utama menyebabkan Maghribi kini berada di ranking lebih tinggi berbanding Belanda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN