Jijo terima darjah kebesaran

Jijo terima darjah kebesaran

MOHD. Azizulhasni Awang dikurniakan Darjah Bakti (DB) oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda di Istana Negara, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas menggegarkan velodrom dunia selama lebih dua dekad, Datuk Mohd Azizulhasni Awang kini menerima satu lagi pengiktirafan terbesar dalam karier gemilangnya apabila dikurniakan Darjah Bakti (DB) oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Pengurniaan yang berlangsung di Istana Negara sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong itu meletakkan legenda berbasikal trek negara tersebut sebaris dengan dua nama besar sukan Malaysia, Lee Chong Wei dan Nicol David yang turut pernah menerima darjah kebesaran berprestij berkenaan.

Darjah Bakti bukan sekadar simbol penghormatan, malah pengiktirafan terhadap jasa luar biasa Azizulhasni yang menjadi antara wajah paling berjaya membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.

Sepanjang kariernya, atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu mencipta pelbagai detik bersejarah termasuk muncul juara dunia keirin pada 2017, selain menghadiahkan pingat perak Olimpik Tokyo 2020 dan gangsa Olimpik Rio 2016.

Lebih mengagumkan, kejayaan tersebut diraih menerusi perjalanan penuh liku yang menyaksikannya bangkit daripada pelbagai cabaran termasuk kecederaan serius dan persaingan sengit di peringkat dunia.

Pengiktirafan diterima hari ini dilihat sebagai penghormatan negara terhadap dedikasi, disiplin serta semangat juang luar biasa yang dipamerkan Azizulhasni sepanjang bergelar atlet elit.penghormatan negara terhadap dedikasi, disiplin serta semangat juang luar biasa yang dipamerkan Azizulhasni sepanjang bergelar atlet elit.

Malah, meskipun usianya kini mencecah 38 tahun, ‘The Pocket Rocketman’ masih belum memperlahankan kayuhan apabila terus membuktikan kemampuan bersaing di pentas antarabangsa dengan meraih satu pingat perak dan dua gangsa pada Siri Piala Trek Jepun di Shizuoka, Mei lalu.

Dengan pengurniaan Darjah Bakti itu, Azizulhasni bukan sahaja dikenang sebagai pemenang pingat Olimpik dan juara dunia, malah sebagai ikon sukan yang telah mengangkat maruah Malaysia ke tahap lebih tinggi di mata dunia-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN