Díaz bersinar, bantu Colombia benam Uzbekistan 3-1

Díaz bersinar, bantu Colombia benam Uzbekistan 3-1

LUIS Diaz(kiri) mengawal bola melepasi asakan pertahanan Uzbekistan, Abdukodir Khusanov dalam aksi Kumpulan K Piala Dunia 2026 antara Uzbekistan dan Colombia di Stadium Mexico City, hari ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Aksi lincah pemain sayap Colombia, Luis Díaz menjadi kunci kemenangan 3-1 ke atas Uzbekistan dalam saingan Kumpulan K Piala Dunia di Stadium Mexico City, sebentar tadi.

Colombia yang gagal ke edisi 2022 bermula agak perlahan sebelum memecah kebuntuan pada minit ke-41 hasil hantaran lambung tepat Díaz dari sebelah kiri disudahkan rakan sepasukan, Daniel Muñoz untuk gol pembukaan.

Uzbekistan bangkit pada minit ke-60 apabila rembatan Eldor Shomurodov gagal dikekang kemas penjaga gol Colombia, Camilo Vargas, sebelum Abbosbek Fayzullaev pantas menyambar bola muntah untuk gol penyamaan.

Namun, Colombia kembali di depan lima minit kemudian apabila Díaz sekali lagi mencuri tumpuan dengan penyudah klinikal dari dalam kawasan penalti untuk gol kedua pasukannya.

Kemenangan Colombia dimuktamadkan pada masa kecederaan apabila pemain gantian, Jaminton Campaz menanduk masuk gol ketiga hasil gerakan serangan balas kemas.

Dalam satu lagi aksi kumpulan, Portugal dan Republik Demokratik Congo terikat 1-1, sekali gus menyaksikan Colombia mendahului Kumpulan K.

Colombia akan menentang DR Congo di Guadalajara, manakala Uzbekistan berdepan Portugal di Houston, minggu depan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN