Curacao yakin teruskan kejutan di Piala Dunia

Curacao yakin teruskan kejutan di Piala Dunia

Dick Advocaat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHILADELPHIA: Pengendali Curacao, Dick Advocaat menegaskan pasukannya telah membuktikan mereka layak berada di pentas Piala Dunia 2026 ketika bersiap menghadapi Ivory Coast dalam penentuan tiket ke pusingan 32 terbaik, hari ini.

Curacao, yang membuat penampilan sulung di Piala Dunia, mengutip satu mata hasil keputusan seri mengejut 0-0 menentang Ecuador selepas dibelasah Jerman 7-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan E.

Ketika ini, Curacao berada di kedudukan tercorot kumpulan, berkongsi satu mata dengan Ecuador, namun ketinggalan dua mata di belakang Ivory Coast yang menghuni tempat kedua.

Advocaat berkata, keputusan seri menentang Ecuador membuktikan anak buahnya mampu memberi saingan kepada pasukan pilihan, meskipun diakui lawan mempunyai lebih banyak peluang.

“Ia membuktikan kami juga boleh bersaing dengan lawan yang sangat kuat. Perlawanan itu boleh pergi ke mana-mana arah.

“Pada pandangan saya, keputusan seri itu adalah gambaran yang adil tentang keseimbangan antara kedua-dua pasukan walaupun mereka mempunyai lebih banyak peluang tetapi kami juga berjaya menyukarkan lawan,” katanya.

Juruatih berusia 78 tahun itu turut menegaskan bahawa Curacao akan mengekalkan pendekatan berani apabila menentang Ivory Coast di Philadelphia, dengan cuba mengambil peluang menyerang pada waktu yang sesuai.

“Kami bukan hanya bertahan, tetapi tahu bila masa yang tepat untuk menyerang. Itu yang akan kami lakukan sekali lagi,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN