Croatia bangkit kunci slot pusingan 32 terbaik

Croatia bangkit kunci slot pusingan 32 terbaik

NIKOLA Vlasic(kanan) berjaya meledak gol kedua Croatia sekaligus memastikan skuad kendalian Zlatko Dalic mara ke pusingan 32 terbaik selepas muncul naib juara Kumpulan L-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EAST RUTHERFORD: Croatia menepati status pasukan pilihan apabila menewaskan Ghana 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan L sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia.

Skuad Croatia terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi Peter Sucic pada minit ke-31 selepas memanfaatkan penguasaan permainan untuk membawa pasukannya mendahului 1-0 sehingga tamat babak pertama.

Ghana bangkit memberi tentangan pada separuh masa kedua apabila Derrick Luckassen menyamakan kedudukan pada minit ke-73, sekali gus menyemarakkan semula harapan mereka untuk mencipta kejutan.

Bagaimanapun, kegembiraan Ghana tidak bertahan lama apabila Nikola Vlasic muncul wira Croatia dengan menyempurnakan gol kemenangan pada minit ke-83.

Jaringan itu memastikan Croatia mengutip tiga mata berharga sekali gus menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan bergaya dan melangkah ke pusingan 32 terbaik dengan penuh keyakinan.

Ghana yang mengasak pada penghujung perlawanan untuk memburu gol penyamaan gagal memecahkan benteng pertahanan Croatia yang kekal berdisiplin sehingga wisel penamat.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN