TOKYO: Sekurang-kurangnya 10 orang mengalami kecederaan ringan akibat gempa bumi berukuran 5.6 skala Richter yang melanda berhampiran Gunung Fuji di tengah Jepun kelmarin, menurut pihak berkuasa negara itu. Gempa yang berlaku kira-kira 10.28 malam itu menggegarkan kawasan tengah dan timur Jepun, termasuk kawasan metropolitan Tokyo, dengan mencatatkan intensiti bawah 6 pada skala intensiti seismik Jepun yang mempunyai tujuh tahap di sebahagian Wilayah Yamanashi. Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memaklumkan, tahap gegaran…










