Tunku Mahkota Ismail berkenan pecah tanah pusat latihan baharu JDT - Utusan Malaysia

Tunku Mahkota Ismail berkenan pecah tanah pusat latihan baharu JDT

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mencemar duli menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pusat Latihan Baharu JDT di Iskandar Puteri. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Pusat Latihan Baharu Johor Darul Ta’zim FC (JDT) di sini, hari ini.

Turut mengiringi keberangkatan Baginda, Raja Muda Johor, Tunku Iskandar dan Tunku Abu Bakar.

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia berkata, pusat latihan moden yang dibangunkan di kawasan seluas 15.78 hektar bersebelahan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) itu bakal menjadi hab pembangunan bola sepak bertaraf antarabangsa.

“Kemudahan ini akan dilengkapi beberapa padang latihan berkualiti tinggi, fasiliti latihan tertutup, pusat sains sukan, pusat pemulihan dan rehabilitasi, gimnasium, pusat analisis prestasi, pusat perubatan serta stadium mini.

“Pembangunan berpusat latihan ini turut menempatkan penginapan pemain, auditorium serta ruang pembangunan akar umbi dan skuad akademi JDT daripada peringkat junior sehingga senior,” katanya kepada pemberita.

Tambah Garcia, pembangunan itu mencerminkan visi berterusan Tunku Mahkota Ismail dalam memastikan JDT terus berkembang sebagai pasukan bola sepak profesional yang kompetitif di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Majlis pecah tanah pusat latihan baharu ini merupakan detik istimewa buat seluruh warga JDT. Kita mahu meningkatkan standard dan pengguna teknologi bola sepak profesional di kelab ini.

“Pusat latihan ini dijangka akan siap dalam tempoh tiga tahun. Projek ini diyakini mampu membawa JDT ke tahap lebih tinggi dalam landskap bola sepak Malaysia dan Asia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN