METMalaysia keluar amaran ribut petir di 10 negeri

METMalaysia keluar amaran ribut petir di 10 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di 10 negeri hingga pukul 4 petang ini.

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan terlibat membabitkan Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan.

Di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Sik dan Baling.

Bagi Perak, cuaca buruk dijangka melanda Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Di Pahang, kawasan terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin.
METMalaysia turut mengeluarkan amaran sama bagi seluruh kawasan di Selangor selain Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Negeri Sembilan, kawasan dijangka terjejas melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin selain seluruh Melaka.

Sementara di Johor, kawasan terlibat ialah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Bagi Sarawak, amaran cuaca buruk melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit melibatkan Song, Bintulu serta Miri membabitkan Subis dan Beluru.

Di Sabah, kawasan dijangka terjejas ialah Pedalaman melibatkan Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan, Pantai Barat membabitkan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.

Amaran sama turut melibatkan Tawau dan Lahad Datu di Tawau selain Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan di Sandakan serta Kudat.

Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

Katanya, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN