Kotsyuk cipta kejutan, juara Terbuka Madrid

Kotsyuk cipta kejutan, juara Terbuka Madrid

Marta Kotsyuk (tengah). -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Marta Kostyuk mencipta sensasi luar jangka apabila menumbangkan pilihan utama, Mirra Andreeva, 6-3, 7-5 untuk merangkul gelaran sulung Terbuka Madrid dalam aksi final penuh dramatik hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan pemain ranking ke-23 dunia dari Ukraine tersebut meraih trofi WTA 1000 pertamanya sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pencabar paling konsisten musim 2026.

Lebih manis, Kostyuk muncul hanya pemain kedua di luar kelompok 20 terbaik dunia yang berjaya menawan gelanggang tanah liat Madrid, sekali gus membuktikan status bukan pilihan bukan penghalang untuk mencipta sejarah.

“Ia terasa luar biasa untuk berdiri di sini sekarang.

“Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk sampai ke tahap ini dan satu perkataan yang bermain di fikiran saya adalah konsistensi — hadir setiap hari tidak kira betapa sukarnya atau sama ada anda suka atau tidak apa yang anda lakukan,” kata Kotsyuk.

Kostyuk mempamerkan kekuatan pukulan serta ketenangan luar biasa apabila mematahkan rentak Andreeva yang sebelum ini dilihat sebagai ancaman selepas menyingkirkan pemain No.1 dunia, Aryna Sabalenka.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Marta atas prestasinya musim tanah liat ini, anda memenangi dua kejohanan berturut-turut dan bermain dengan sangat baik hari ini,” kata Andreeva. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN