Ebola: AS perluas larangan perjalanan kepada pemegang kad hijau

Ebola: AS perluas larangan perjalanan kepada pemegang kad hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan sementara terhadap kemasukan penduduk tetap sah yang pernah berada di Republik Demokratik Congo, Uganda atau Sudan Selatan dalam tempoh 21 hari, susulan kebimbangan penularan Ebola.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) berkata, perluasan sekatan itu kepada pemegang kad hijau adalah langkah perlu bagi mengelakkan virus berkenaan memasuki negara, selepas sebelum ini hanya melibatkan warganegara tertentu.

“Langkah ini memberi keseimbangan antara perlindungan kesihatan awam dan pengurusan sumber tindak balas kecemasan,” kata CDC dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menaikkan tahap risiko kepada ‘sangat tingg’” bagi wabak Ebola strain Bundibugyo di Republik Demokratik Congo, selain mengisytiharkan situasi di negara itu dan Uganda sebagai darurat kesihatan antarabangsa.

CDC sebelum ini mengeluarkan arahan di bawah undang-undang kesihatan awam AS, Title 42, yang membenarkan sekatan kemasukan bagi menghalang penyebaran penyakit berjangkit.

Pemegang kad hijau sebelum ini biasanya dikecualikan daripada sekatan kemasukan AS, termasuk semasa perintah era Covid-19 serta beberapa larangan perjalanan sebelum ini.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×