Andreeva mara ke final Terbuka Madrid

Andreeva mara ke final Terbuka Madrid

ANDREEVA bakal bertemu pemain Ukraine, Marta Kostyuk di final Terbuka Madrid-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Bintang muda Rusia, Mirra Andreeva terus mempamerkan ketenangan luar biasa apabila menempah slot ke final Terbuka Madrid selepas menundukkan Hailey Baptiste 6-4, 7-6(8) dalam aksi separuh akhir penuh debaran.

Pemain berusia 19 tahun itu yang baru meraikan ulang tahun kelahirannya pada Rabu lalu terpaksa berhempas-pulas sebelum memastikan kemenangan menerusi tiebreak set kedua yang dramatik, sekali gus mengekalkan rekod cemerlangnya di pentas WTA 1000.

“Saya penuh dengan adrenalin, masih gementar tetapi sangat gembira dapat menang,” kata Andreeva yang turut memuji ketenangannya ketika melakukan servis.

Baptiste sebelum itu mengejutkan pilihan utama, Aryna Sabalenka di suku akhir, namun gagal mengekalkan momentum apabila melakukan terlalu banyak kesilapan mudah termasuk pada detik-detik penting perlawanan.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, pemain Ukraine, Marta Kostyuk menempah tiket final WTA 1000 pertamanya selepas menewaskan Anastasia Potapova 6-2, 1-6, 6-1.

Aksi naik turun itu menyaksikan kedua-dua pemain bergelut dengan konsistensi, namun Kostyuk lebih tenang di set penentuan apabila memanfaatkan kelemahan lawan termasuk beberapa double fault untuk menamatkan perlawanan.

Kostyuk kini akan berdepan Andreeva dalam final, dengan misi membalas kekalahan mereka sebelum ini di Brisbane awal tahun ini.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN