Zi Yu-Noraqilah mara ke undian utama Kejohanan Asia

Zi Yu-Noraqilah mara ke undian utama Kejohanan Asia

BEREGU remaja negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan berjaya melayakkan diri ke undian utama Kejohanan Badminton Asia di Ningbo, China, hari ini.-IHSAN BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu remaja negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan berjaya melayakkan diri ke undian utama setelah melepasi dua perlawanan kelayakan pada Kejohanan Badminton Asia di Ningbo, China, hari ini.

Zi Yu-Noraqilah yang julung kali beraksi pada kejohanan diperingkat senior itu mudah mengetepikan gandingan ke-196 dunia, Ng Weng Chi-Pui Chi Wa dari Macau 21-11, 21-10 dalam masa 24 minit pada kelayakan pertama.

Dalam perlawanan kedua pula, Zi Yu-Noraqilah yang menghuni ranking ke-216 dunia mengejut beregu Thailand yang berada di tangga No. 78 dunia, Phattharin Aiamvareesrisakul-Sarisa Janpeng 21-9, 21-13 dalam masa 33 minit.

Kemenangan tersebut membawa mereka ke laluan yang lebih getir iaitu menentang beregu No. 8 dunia, Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu dari Taiwan pada peringkat 32 terbaik, esok.

Beraksi di Kejohanan Asia merupakan pendedahan awal terbaik buat Zi Yu dan Noraqilah yang hanya berusia 15 serta 18 tahun.

Kejayaan mereka ke undian utama, menyaksikan Malaysia mempunyai empat wakil dengan pasangan No. 2 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah mengetuai cabaran dalam sektor beregu wanita Malaysia.

Pearly-Thinaah bakal bertemu pasangan Hong Kong, Fan Ka Yan-Yau Mau Ying yang menghuni ranking ke-50 dunia dengan rekod pertemuan berpihak beregu negara itu 1-0, esok.

Satu lagi pertemuan melibatkan dua beregu Malaysia yang bertembung sesama sendiri iaitu pasangan No. 25 dunia, Carmen Ting-Ong Xin Yee berdepan Chong Jie Yu-Vanessa Ng yang berada di kedudukan No. 65 dunia.

Pertembungan dua gandingan negara itu, telahpun memastikan satu slot peringkat 16 terbaik berada dalam genggaman wakil Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN