Trump dakwa perang Iran tamat dalam dua, tiga minggu

Trump dakwa perang Iran tamat dalam dua, tiga minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Donald Trump mendakwa Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan menamatkan kempen ketenteraan terhadap Iran dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Beliau dalam kenyataan kepada wartawan di Pejabat Oval, Rumah Putih berkata, pengunduran itu dijangka berlaku dalam masa terdekat, dua atu tiga minggu.

Kenyataan itu adalah yang paling jelas setakat ini daripada Trump berhubung hasratnya menamatkan perang yang berlarutan selama sebulan dalam masa terdekat.

Konflik yang tercetus pada 28 Februari itu mengubah landskap Asia Barat, mengganggu pasaran tenaga global serta memberi kesan kepada hala tuju pentadbiran beliau.

Trump turut menegaskan Teheran tidak perlu mencapai sebarang perjanjian dengan Washington untuk menamatkan konflik berkenaan.

“Iran tidak perlu membuat perjanjian. Mereka tidak perlu membuat perjanjian dengan saya,” katanya ketika ditanya sama ada kejayaan diplomasi menjadi prasyarat untuk AS menamatkan operasi ketenteraan.

Sebaliknya, Trump menjelaskan syarat untuk menghentikan operasi itu adalah Iran perlu dilemahkan sepenuhnya, tanpa keupayaan untuk memperoleh senjata nuklear dalam masa terdekat.

“Selepas itu, kami akan berundur,” katanya.

Sementara itu, Trump dijangka memberikan perkembangan terkini mengenai Iran dalam satu ucapan kepada negara pada Khamis, menurut jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt, menerusi platform X.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN