WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) sedang melancarkan operasi mencari dan menyelamat seorang anak kapal pesawat pejuang F-15E yang hilang selepas jet dua tempat duduk itu ditembak jatuh di ruang udara Iran, menurut pegawai AS pada Jumaat. Seorang lagi anak kapal pesawat berkenaan dilaporkan berjaya diselamatkan. Pegawai AS berkata, pesawat F-15E Strike Eagle itu ditembak jatuh oleh Iran, ketika usaha sedang giat dijalankan untuk menjejaki seorang lagi juruterbang yang masih hilang.…










