Slot mahu Salah tinggalkan legasi gemilang

Slot mahu Salah tinggalkan legasi gemilang

Mohamed Salah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pengendali Liverpool, Arne Slot berharap Mohamed Salah mampu mengakhiri legasinya hujung musim ini bersama The Reds dengan penuh gemilang.

Slot menyifatkan bintang dari Mesir berusia 33 tahun itu sebagai ‘legenda hidup’ kelab selepas menyumbang 255 gol sepanjang sembilan tahun bersama The Reds.

Pada minggu lalu, Salah mengumumkan akan meninggalkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu pada akhir musim, sekali gus menamatkan era gemilangnya di Anfield.

Walaupun pernah terpalit kontroversi apabila mengakui tidak mempunyai hubungan baik dengan Slot selepas digugurkan dalam tiga perlawanan berturut-turut Disember lalu, penyerang itu kembali menjadi pilihan utama sejurus pulang daripada Piala Negara-Negara Afrika pada Januari.

Kini, Liverpool berada di tangga kelima liga dan sedang bertarung sengit untuk mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Namun, Slot masih optimis pasukannya mampu mencipta penamat manis apabila turut bersaing dalam Piala FA serta saingan Eropah.

Liverpool dijadual berdepan Manchester City pada suku akhir Piala FA, Sabtu ini sebelum membuat perhitungan dengan Paris Saint-Germain dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara.

“Diharapkan Salah mampu menjadikan legasinya lebih istimewa dalam beberapa minggu dan bulan mendatang kerana kami masih memburu sesuatu yang besar. Dia akan sentiasa dikenang sebagai legenda kelab.

“Komitmen tinggi, profesionalisme serta keinginan untuk terus menjaringkan gol menjadikan Salah sebagai contoh terbaik buat pemain lain,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN