Sidang akhbar Jurucakap Kerajaan Perpaduan dilaksana secara hibrid

Sidang akhbar Jurucakap Kerajaan Perpaduan dilaksana secara hibrid

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid bagi mengurangkan beban kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang mencetuskan krisis tenaga global ketika ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pengamal media akan diberikan kuota 300 liter petrol RON95 melalui inisiatif BUDI MADANI RON 95 (BUDI95).

Katanya, permohonan mengekalkan kuota BUDI95 kepada pengamal media akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Selasa depan.

“Bagi mengurangkan beban rakan media, sidang media mingguan Kementerian Komunikasi akan dilaksanakan secara hibrid. Wartawan dari Kuala Lumpur tidak perlu lagi hadir secara fizikal ke Putrajaya,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) memohon kerajaan mempertimbangkan pengecualian khas kepada pengamal media berdaftar supaya mengekalkan kuota 300 liter petrol RON95 sebulan.

Menurut GKMM, pihaknya menerima banyak keluhan daripada pengamal media khususnya di negeri-negeri yang perlu melakukan perjalanan jauh serta berulang-alik ke lokasi liputan setiap hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN