BARCELONA: Ketua jurulatih Sepanyol, Luis De La Fuente mengakui dia selesa dengan status pasukannya sebagai antara pilihan utama menjulang Piala Dunia 2026.
Sepanyol yang menghuni ranking No.1 dunia menewaskan Serbia 3-0 hujung minggu lalu pada aksi persahabatan pertama bagi jendela antarabangsa bulan lalu.
“Saya sukakannya. Kami menerima cabaran itu (pasukan pilihan juara piala dunia). Kami akan sentiasa berusaha keras dan ia misi utama kami ke piala dunia.
“Ia juga sama seperti pasukan lain termasuk Perancis, England dan Brazil, mereka juga adalah pilihan juara pada edisi kali ini,” katanya De La Fuente.
Bercakap mengenai adalah Lamine Yamal akan membarisi kesebelasan utama Sepanyol di Piala Dunia 2026, De la Fuente menyifatkan pemain itu berada pada tahap terbaik dalam kariernya setakat ini dan situasi tersebut memberi kebaikan kepada pasukan.
“Dia berada dalam prestasi yang amat baik pantas, kental dan mampu mencetuskan detik magis. Ia satu perkara positif untuk pasukan.
“Saya faham penyokong Barcelona bimbang mengenainya. Tanggungjawab saya adalah menurunkan kesebelasan terbaik, pasukan terbaik.
“Dia pemain yang lebih baik berbanding dua tahun lalu, tetapi belum mencapai tahap terbaiknya dua tahun akan datang. Sumbangannya meningkat setiap hari. Dia menarik perhatian, dia ada magis,” ujarnya.
Sepanyol akan membuka kempen Piala Dunia menentang Cape Verde di Atlanta, Amerika Syarikat pada 15 Jun. – AGENSI










