TAWAU: Seorang remaja lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh kekasihnya yang juga rakan senegara di sebuah ladang kelapa sawit, dekat Kalabakan, tiga tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Steve Ritikos, memerintahkan tertuduh berusia 16 tahun itu menjalani hukuman penjara sehingga mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah selaras dengan Seksyen 97(2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001. Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi meneliti laporan…










