SHAH ALAM: Polis kesal dengan sikap penunggang motosikal terutama berkuasa tinggi yang mengabaikan pemakaian aksesori keselamatan seperti topi keledar dan jaket keselamatan. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, penunggang motosikal sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya, tanpa mengenakan sebarang aksesori keselamatan boleh menyebabkan kecederaan parah termasuk kematian. Menurutnya, sekadar mematuhi keselamatan dan peraturan jalan raya ditetapkan oleh pihak berkuasa…










