Peraturan baharu F1 rumit

Peraturan baharu F1 rumit

PERATURAN baharu F1 2026 yang disifatkan terlalu kompleks dan menjejaskan elemen sebenar perlumbaan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tokoh veteran Formula Satu (F1) Helmut Marko menggesa perubahan segera terhadap peraturan baharu F1 2026 yang disifatkannya terlalu rumit dan menjejaskan elemen sebenar perlumbaan.

Beliau yang kini memegang peranan baharu sebagai duta Litar Red Bull Ring menyuarakan kebimbangan terhadap hala tuju teknikal sukan itu yang semakin bergantung kepada perisian.

“Peraturan ini terlalu rumit dan perisian memainkan peranan terlalu dominan.

“Saya tidak pasti ia boleh diperbetulkan dalam satu musim, tetapi sesuatu perlu dilakukan dan kemahiran pemandu mesti dikembalikan sebagai faktor utama,” kata Marko.

Kenyataan itu hadir ketika juara dunia empat kali, Max Verstappen turut lantang mengkritik perubahan tersebut sehingga mengancam untuk meninggalkan F1.

Pemandu Red Bull Racing itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan konsep jentera baharu yang lebih menekankan penggunaan tenaga elektrik berbanding enjin pembakaran dalaman.

Dalam masa sama, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) bersama pasukan-pasukan F1 telah memulakan perbincangan teknikal bagi menilai semula pelaksanaan peraturan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN