PETALING JAYA: Seorang pakar patologi forensik memberitahu, pemeriksaan terhadap keadaan pakaian Allahyarham Zara Qairina Mahathir penting dalam inkues kerana ciri-cirinya boleh mendedahkan butiran relevan kepada siasatan. Datuk Seri Dr Bhupinder Singh Jeswant Singh, 74, dalam keterangannya berkata, pakaian boleh menunjukkan bagaimana seseorang itu terjatuh, dengan menyatakan bahawa dalam kes sama, bahagian atas pakaian sering terselak ke atas apabila mangsa ditemui. “Dalam kes ini, kita juga boleh melihat sama ada terdapat…








