LIVERPOOL: Liverpool wajib menang ke atas Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini bagi mencerahkan peluang ke Liga Juara-Juara Eropah, musim depan
Skuad kendalian Arne Slot kini berada di tangga kelima liga dengan 55 mata, ketinggalan tiga mata berbanding Manchester United dan Aston Villa di kedudukan ketiga dan keempat.
Liverpool kini dilihat mula menemui rentak kemenangan dan tiga mata penuh ke atas Palace mampu menjadi penentu dalam perebutan slot ke pertandingan elit Eropah itu.
Bagaimanapun, kapten Liverpool, Virgil van Dijk, menegaskan bahawa kelab tidak pernah berubah walaupun berada dalam kelompok lima terbaik ketika ini.
“Ia sememangnya bukan piawaian yang saya harapkan dan bayangkan sebagai pemain Liverpool tetapi sasaran kami jelas untuk layak ke Liga Juara-Juara,” katanya.
Dalam masa sama, Liverpool dijangka berdepan ujian getir daripada Palace yang terkenal dengan disiplin tinggi serta kemampuan mencuri mata daripada pasukan besar.
Untuk rekod, pada aksi pertama di Selhurst Park menyaksikan skuad kendalian Arne Slot terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 kepada anak buah Oliver Glasner.
Liverpool dilihat berada dalam posisi terbaik untuk terus menekan kelompok teratas liga dan memperbaiki kedudukan menjelang baki perlawanan EPL musim ini. – AGENSI









