Lancar tilam berteknologi sejuk baharu, Getha perluas pilihan sasar pasaran mampu milik

Lancar tilam berteknologi sejuk baharu, Getha perluas pilihan sasar pasaran mampu milik

GETHA melancarkan produk terbaharunya, Transforme Miracle Latex PrimeFibre Mattress yang disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan & Pengurusan) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Bahria Mohd Tamil dan turut hadir (dari kiri) Timbalan Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Datuk Andrew Goh; Pengarah Eksekutif Getha, Yong Mei Tsin dan Pengarah Projek Getha, Kevin Tan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai industri getah terus diperkukuh menerusi pengenalan inovasi terbaharu oleh pengeluar peralatan tidur tempatan, Getha dalam segmen tilam premium berasaskan lateks.

Pelancaran tilam Transforme Miracle Latex PrimeFibre yang berlangsung di pusat beli-belah Sunway Pyramid hari ini bukan sekadar menampilkan pilihan baharu kepada pengguna, malah mencerminkan peralihan industri daripada pengeluaran bahan mentah kepada pembangunan produk bernilai tinggi.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan dan Pengurusan), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Bahria Mohd. Tamil yang menyifatkan inisiatif berkenaan sebagai selari dengan aspirasi negara untuk memperkukuh sektor pembuatan berteknologi tinggi.

“Acara hari ini menjadi satu lagi contoh yang membuktikan kemampuan syarikat tempatan menghasilkan produk premium berasaskan sumber asli membuktikan Malaysia tidak lagi bergantung kepada eksport komoditi semata-mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PELANCARAN turut diperkukuh dengan dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi Tilam Lateks Semula Jadi Infus Graphite+ Pertama dan Tilam Penyejuk Semula Jadi Pertama.

Sejak diperkenalkan pada November 2025, tilam Transforme Miracle Latex telah membantu ribuan rakyat Malaysia menikmati tidur yang lebih lena.

Mengekori kejayaan itu, Getha kini tampil dengan versi tilam yang dipertingkatkan, iaitu Transforme Miracle Latex PrimeFibre Mattress, yang disifatkan sebagai antara inovasi peralatan tidur semula jadi paling maju pernah dihasilkan syarikat itu setakat ini.

Tilam premium ini menggabungkan bahan Miracle Latex berasaskan teknologi proprietari Graphite+ bersama lapisan 100 peratus lateks semula jadi, sekali gus mengukuhkan lagi kaitan erat Getha dengan industri getah Malaysia yang terkenal di peringkat dunia.

“Pendekatan itu bukan sahaja memberi nilai tambah kepada sumber tempatan, malah memenuhi keperluan pengguna moden yang semakin menitikberatkan keselesaan serta ciri mesra alam dalam produk harian.

“Inilah yang dikatakan sebagai ‘Made by Malaysia’; produk yang bukan sahaja dibuat di Malaysia, malah diilhamkan, direka dan dibangunkan melalui kepakaran dan kreativiti rakyat Malaysia,” tambah beliau lagi.

Struktur tilam Transforme Miracle Latex PrimeFibre yang dibangunkan turut menumpukan kepada sokongan tubuh yang lebih seimbang serta keupayaan mengawal suhu melalui fabrik BioCool, dengan penggunaan lapisan gentian berprestasi tinggi yang membantu mengurangkan haba sepanjang tempoh tidur hasil teknologi Suprelle Cool Night.

Berharga daripada RM6,999, jenama peralatan tidur premium memperkenalkan promosi pelancaran yang menampilkan diskaun eksklusif 35 peratus dalam tempoh terhad berserta tawaran tukar beli sehingga RM1,500 pada Tilam Transforme Miracle Latex PrimeFibre.

Dengan setiap pembelian, pelanggan juga akan menerima sehingga dua unit percuma bantal Miracle Latex, setiap satu bernilai RM399, bergantung pada saiz tilam yang dipilih.

Menurut Pengarah Projek Getha, Kevin Tan, pembangunan produk tersebut turut dipacu oleh maklum balas pengguna yang mahukan tahap ketahanan dan keselesaan lebih tinggi berbanding model terdahulu terutamanya selepas pelancaran tilam Miracle Latex pada November lepas.

“Ramai yang menyatakan keinginan untuk tilam yang lebih premium, tebal, dan padat, dan kami juga menerima permintaan lebih-lebih lagi daripada golongan profesional muda yang baru memulakan kerjaya yang menginginkan pilihan lebih mampu milik,” katanya.

DENGAN harga bermula RM6,999, Getha menawarkan promosi pelancaran terhad dengan diskaun 35 peratus, tawaran trade-in sehingga RM1,500, serta dua bantal Miracle Latex secara percuma bernilai RM399 setiap satu.

Bagi memenuhi permintaan tersebut, Getha turut memperluas capaian pasaran dengan menawarkan model alternatif pada harga lebih mampu milik secara dalam talian, khususnya menyasarkan golongan profesional muda dan pembeli rumah pertama.

Bermula pada harga RM2,499, Tilam Miracle Latex turut ditawarkan dengan kemudahan ansuran serendah RM47 sebulan. Bagi tempoh terhad, pelanggan boleh memanfaatkan rebat sehingga RM1,500 tertakluk kepada saiz tilam.

Dari segi teknologi, Miracle Latex Mattress menggunakan formulasi lateks paling maju Getha sejak 1969, digabungkan dengan teknologi Graphite+ Infused Natural Latex serta Anti Static Protection Technology. Hasilnya? Gabungan keselesaan, sokongan dan ketahanan, tetapi kali ini dalam pakej yang lebih mampu milik.

Langkah ini dilihat sebagai strategi Getha untuk menembusi segmen pasaran lebih luas tanpa mengabaikan identiti jenama premium yang telah dibina sekian lama.

Pada majlis sama, Getha turut menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi kategori tilam lateks semula jadi pertama dengan teknologi Graphite+ serta tilam penyejuk semula jadi pertama dalam negara, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan jenama itu di peringkat tempatan.

Pencapaian tersebut menambah koleksi kecemerlangan Getha yang baru-baru ini telah dinobatkan sebagai pemenang World Branding Awards buat kali ke-10 sejak 2015 pada November lepas.

Secara keseluruhannya, pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan inovasi kepada pengguna, malah mencerminkan hala tuju baharu sektor pembuatan Malaysia yang semakin tertumpu kepada inovasi, kelestarian dan pembangunan produk bernilai tinggi bagi memenuhi permintaan pasaran global yang kian kompetitif.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.getha.com.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN