Lambiase tukar angin sertai McLaren 

Lambiase tukar angin sertai McLaren 

LAMBIASE bakal sertai McLaren pada musim 2028 selepas bersama Redbull dari 2015-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurutera utama Red bull Racing, Gianpiero Lambiase akan meninggalkan pasukan itu pada musim 2028 dan bakal menyertai McLaren.

Perpindahan mencetuskan gegaran besar dalam dunia Formula Satu (F1) apabila Lambiase, yang sinonim sebagai ‘orang kanan’ kepada juara dunia empat kali, Max Verstappen, akan menggalas peranan baharu sebagai Ketua Pegawai Perlumbaan McLaren.

Menurut kenyataan rasmi Red Bull, Lambiase akan kekal menjalankan tugasnya sebagai Ketua Perlumbaan dan jurutera Verstappen sehingga kontraknya tamat.

“Beliau merupakan aset penting sejak menyertai pasukan pada 2015. Kedua-dua pihak komited untuk menambah lagi kejayaan sebelum perpisahan,” kata pasukan itu.

Dalam masa sama, McLaren tidak menunggu lama untuk mengesahkan kemasukan Lambiase, yang bakal melapor terus kepada prinsipal pasukan, Andrea Stella.

“Pelantikan ini mengukuhkan lagi struktur kepimpinan perlumbaan kami serta mencerminkan komitmen jangka panjang untuk kekal sebagai pencabar kejuaraan,” menurut kenyataan McLaren.

Langkah mendapatkan Lambiase turut mengesahkan keupayaan McLaren menarik bakat elit, selepas sebelum ini membawa masuk nama besar seperti Rob Marshall dan Will Courtenay.

Difahamkan, Lambiase menolak tawaran lumayan daripada Aston Martin, termasuk peluang menjadi prinsipal pasukan, demi menyertai projek jangka panjang McLaren.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN