Konate kecewa penalti dinafikan, Liverpool tersingkir

Konate kecewa penalti dinafikan, Liverpool tersingkir

PERTAHANAN Liverpool, Ibrahima Konate cuba menanduk bola ketika mengasak pintu gol Paris Saint Germain dalam aksi kedua suku akhir Liga Juara-Juara di Anfield, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LIVERPOOL: Ibrahima Konate menyifatkan keputusan pengadil yang menarik balik sepakan penalti kepada Liverpool sebagai detik punca kekalahan mereka 0-2 kepada Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara, semalam.
Kekalahan itu menyaksikan Liverpool tersingkir dengan agregat 0-4, sekali gus menguburkan impian mereka untuk mara lebih jauh dalam saingan elit Eropah tersebut.
Pada aksi di Anfield itu, skuad kendalian Arne Slot pada mulanya dihadiahkan sepakan penalti pada separuh masa kedua selepas Alexis Mac Allister dijatuhkan oleh Willian Pacho.
Bagaimanapun, keputusan itu dibatalkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) yang membuatkan pengadil, Maurizio Mariani menarik balik keputusannya.
Menurut Konate, keputusan tersebut memberi kesan besar terhadap momentum perlawanan.
“Bagi saya itu adalah penalti yang jelas. Jika kami mendapat penalti dan menjaringkan gol, situasi pasti berbeza,” katanya.
Tambah pemain pertahanan Liverpool itu, The Reds mempamerkan aksi lebih baik berbanding lawan, namun gagal memanfaatkan peluang yang terhidang.
Sebaliknya, PSG yang dibimbing Luis Enrique hanya memerlukan beberapa peluang untuk menjaringkan gol menerusi dua jaringan Ousmane Dembele.
“Ia agak tidak adil. Kami mencipta banyak peluang tetapi gagal menjaringkan gol, manakala mereka mengambil peluang yang ada,” katanya.
Konate turut mengakui PSG tampil lebih kuat berbanding musim lalu namun percaya pasukannya masih berpotensi untuk bangkit.
Dalam pada itu, dia menggesa rakan sepasukan agar memberi fokus kepada baki enam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi memastikan kedudukan lima terbaik, sekali gus layak ke Liga Juara-Juara musim depan.
“Ia adalah standard minimum bagi Liverpool untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara. Kami perlu memberikan segala-galanya dalam baki perlawanan,” katanya.
Sementara itu, Liverpool turut menerima tamparan hebat apabila penyerang mereka, Hugo Ekitike, dilaporkan mengalami kecederaan serius.
Konate berkata, kecederaan tersebut amat membimbangkan, lebih-lebih lagi dengan kejohanan Piala Dunia yang semakin hampir.
“Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya,” katanya. – AFP
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN