Isu logistik ganggu skuad menembak

Isu logistik ganggu skuad menembak

Mohamad Firdaus Abd Rahim (kiri) bersama penembak air pistol negara, Johnathan Wong. - IHSAN FB MOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih menembak negara, Mohamad Firdaus Abd Rahim tidak menolak kemungkinan membawa skuad kebangsaan menjalani latihan di luar sebagai langkah alternatif sekiranya perancangan menyertai Lapua IWK Berlin 2026 turut gagal direalisasikan.

Situasi itu timbul selepas skuad negara terlepas peluang beraksi pada Piala Dunia di Granada, Sepanyol bermula Ahad lalu hingga 14 April ini, susulan kekangan logistik berpunca daripada konflik Asia Barat melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel.

Menurut Firdaus, langkah tersebut penting bagi memastikan prestasi atlet kekal berada pada tahap optimum dan tidak terjejas akibat kekurangan pendedahan pertandingan antarabangsa.

“Bagi mengelakkan atlet lesu upaya, saya akan bawa mereka berlatih di luar. Mungkin berlatih di Kuantan ataupun di Johor,” katanya.

Mengulas lanjut, Firdaus berkata, isu logistik yang melanda ketika ini amat mencabar dan memberi kesan besar terhadap perancangan pasukan.

“Isu perang menyebabkan banyak penerbangan dibatalkan. Bila tempah, esoknya dibatalkan. Apabila ada penerbangan, harga tiket pula melambung sehingga RM15,000 hingga RM20,000. Memang tak boleh sebab melebihi bajet kita,” katanya.

Selain Lapua IWK Berlin yang bakal diadakan pada 20 hingga 26 April ini, skuad menembak negara turut dijadual menyertai Piala Dunia Jerman di Munich (24 hingga 31 Mei) dan Piala Dunia Hangzhou, China (20 hingga 29 Julai). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN