BEIRUT: Pesawat perang Israel melancarkan siri serangan udara di selatan Lubnan bermula awal pagi Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang, menurut Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA). Sebuah bangunan kediaman di bandar Mefdoun di selatan gabenor Nabatieh disasarkan dan dimusnahkan semasa serangan tersebut. Tentera Israel turut memusnahkan beberapa bangunan kediaman di Jalan Martyr Sabra dan kawasan kejiranan Maqam, selain menyerang bandar Jebchit yang menyasarkan sebuah kompleks penjana elektrik persendirian hingga terbakar. Israel…










