Isak kembali perkuat Liverpool, sedia beraksi lawan City

Isak kembali perkuat Liverpool, sedia beraksi lawan City

Alexander Isak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Penyerang sensasi Sweden, Alexander Isak berpotensi kembali memperkuat Liverpool dalam aksi suku akhir Piala FA menentang Manchester City malam ini selepas pulih daripada kecederaan serius yang memaksanya berehat lebih tiga bulan.

Pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini mengalami patah kaki serta kecederaan buku lali yang memerlukan pembedahan, sekali gus menyaksikan dia tidak beraksi sejak 20 Disember lalu.

Isak kini kembali menjalani latihan penuh bersama skuad dan berada dalam pertimbangan untuk diturunkan dalam perlawanan di Stadium Etihad, malam ini.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Liverpool, Arne Slot berkata, pemain tersebut hanya mungkin diturunkan dalam tempoh masa yang singkat memandangkan tahap kecergasannya masih dalam proses pemulihan.

“Dia memerlukan sedikit masa untuk kembali bermain dalam tempoh yang lebih panjang. Kami perlu mengurus minit permainannya dengan berhati-hati,” katanya.

Menurut Slot, situasi menjadi lebih mencabar kerana perlawanan berkenaan berpotensi berlanjutan ke masa tambahan, sekali gus menyukarkan perancangan penggunaan Isak.

“Jika kami merancang untuk memberinya 10 minit, tetapi perlawanan berlanjutan ke masa tambahan, itu akan menjadi lebih rumit. Jadi kami perlu menilai keadaannya terlebih dahulu,” katanya.

Isak sebelum ini menjaringkan tiga gol dalam 16 penampilan bersama Liverpool sebelum mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Tottenham Hotspur.

Kecederaan tersebut berlaku selepas diasak pertahanan lawan, Micky van de Ven Ketika dia menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Spurs.

Dalam pada itu, Slot turut memuji perkembangan fizikal Isak yang disifatkan semakin baik berbanding sebelum kecederaan.

“Jika dibandingkan dengan keadaannya sebelum ini, dia kini lebih kuat dan berada pada tahap fizikal yang lebih baik.

“Kami menjangkakan dia akan tampil lebih cemerlang musim depan selepas melalui pra-musim penuh, namun apa yang ditunjukkan sekarang juga sudah cukup membantu pasukan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN