JAKARTA: Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus sembilan kali pada Sabtu, dengan kepulan abu mencecah sehingga 1,000 meter dari puncak. Gunung berapi setinggi 3,676 meter itu merekodkan letusan pertama pada 12.07 tengah malam waktu tempatan, menghasilkan kepulan abu kira-kira 700 meter yang bergerak ke arah selatan dengan intensiti sederhana, menurut data pemantauan. “Letusan tertinggi berlaku pada 5.19 pagi dengan kepulan abu mencapai sekitar 1,000 meter dari puncak,” kata pegawai…










