PETALING JAYA: Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden kebakaran yang melibatkan asrama Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah di Kelantan, hari ini. Menurut Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, kebakaran itu mengakibatkan kerosakan pada blok akademik yang menempatkan bilik darjah, bilik penyelia asrama serta asrama murid lelaki. Katanya, semua murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di sekolah berkenaan telah dipindahkan ke kawasan selamat sebagai langkah berjaga-jaga. “Pihak JPN Kelantan telah mengambil…







