AS perlu nilai semula hubungan dengan NATO - Rubio

AS perlu nilai semula hubungan dengan NATO – Rubio

MARCO RUBIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) perlu ‘menilai semula’ hubungannya dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selepas perang terhadap Iran berakhir, kata Setiausaha Negara, Marco Rubio.

Beliau berkata, penilaian itu perlu dibuat bagi menentukan nilai sebenar NATO kepada kepentingan Washington dalam pakatan berkenaan.

“Saya rasa tiada keraguan, malangnya selepas konflik ini berakhir, kita perlu menilai semula hubungan itu. Kita perlu menilai semula nilai NATO kepada negara kita,” katanya dalam wawancara bersama Fox News.

Beliau menegaskan, keputusan muktamad berhubung perkara itu akan ditentukan oleh Presiden AS, Donald Trump.

Rubio yang sebelum ini dikenali sebagai penyokong kuat NATO ketika menjadi anggota Senat berkata, pakatan itu memberi nilai besar kepada AS, khususnya melalui akses kepada pangkalan tentera di Eropah bagi membolehkan kekuatan ketenteraan diproyeksikan ke seluruh dunia.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran NATO boleh menjadi ‘hubungan sebelah pihak’ sekiranya AS tidak lagi dibenarkan menggunakan pangkalan tersebut untuk mempertahankan kepentingannya.

Menurut Rubio, walaupun Washington tidak meminta sekutu NATO melancarkan serangan udara terhadap Iran, kegagalan mereka membenarkan penggunaan pangkalan tentera menimbulkan persoalan mengenai kepentingan pakatan itu.

Kenyataan itu dibuat selepas beberapa negara Eropah dilaporkan mengehadkan penggunaan kemudahan ketenteraan mereka oleh AS.

Itali dilaporkan menolak kebenaran sebuah pesawat AS untuk mendarat ketika dalam perjalanan ke Asia Barat bagi misi tempur, manakala Sepanyol pula menutup ruang udaranya kepada pesawat AS yang menjalankan operasi terhadap Iran pada Isnin.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN