Arsenal enggan hilang mata dalam baki liga

Arsenal enggan hilang mata dalam baki liga

MIKEL ARTETA - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal berpeluang melebarkan jurang kepada 12 mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila turun menentang Bournemouth di Stadium Emirates, malam ini, dengan Manchester City akan berdepan Chelsea, esok.

Saingan liga yang kembali bersambung pada hujung minggu ini, selepas rehat tiga minggu menyaksikan The Gunners semakin hampir untuk menjulang kejuaraan liga pertama dalam tempoh 22 tahun.

Kemenangan 1-0 Liga Juara-Juara di Sporting Lisbon mengembalikan Arsenal ke rentak kemenangan selepas mereka mengalami dua kekalahan, iaitu tewas di final Piala Liga dan turut tersingkir daripada Piala FA apabila tumbang di tangan pasukan Liga Kejuaraan, Southampton.

Ia adalah permulaan fasa penting buat pendahulu liga itu, yang turut akan berdepan pertembungan getir menentang pencabar utama di tangga kedua, Manchester City pada 19 April ini.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta berkata jika pasukannya terus melaksanakan pelan permainan seperti ketika menentang Sporting, beliau tidak melihat sebarang masalah dalam baki perlawanan musim ini.

“Khususnya dalam perkara yang bergantung kepada kami. Ia bukan soal kualiti atau pelaksanaan. Itulah yang membawa kami ke tahap ini.

“Perkara lain akan bergantung kepada situasi, ada masa ia lebih efisien atau tidak, tetapi jika kami kekalkan asas itu, kami ada peluang besar (untuk menang).

“Jelas sekali kami sangat gembira. Ia detik penting musim ini, terutama selepas apa yang kami lalui. Kami ada sesuatu untuk dibuktikan,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN