Ancelotti janji bawa pemain terbaik 

Ancelotti janji bawa pemain terbaik 

CARLO ANCELOTTI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ORLANDO: Carlo Ancelotti menegaskan Brazil kini dalam fasa terakhir dalam memuktamatkan senarai 26 pemain untuk Piala Dunia di Amerika Utara.

Pengendali Brazil itu berkata, hanya yang terbaik akan disenaraikan dalam skuad kali ini dalam misi memburu kejuaraan keenam di kejohanan berprestij itu.

Ancelotti turut mengakui benteng pertahanan yang kukuh amat penting jika Brazil mahu meraih gelaran Piala Dunia tahun ini.

“Saya sudah mempunyai gambaran yang jelas mengenai kesebelasan utama untuk perlawanan pertama dan skuad akhir juga hampir dimuktamadkan.

“Untuk Brazil memenangi Piala Dunia, kami perlukan bakat dan kami memilikinya. Kami juga perlu bertahan dengan baik.

“Tiada cara lain dan saya tidak yakin dengan hanya pendekatan serangan semata-mata. Semua posisi perlu seimbang,” kata jurulatih warga Itali itu.

Brazil diundi dalam Kumpulan C bersama Maghribi, Haiti dan Scotland bagi kejohanan yang berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai depan dengan Ancelotti dijangka mengumumkan skuad akhir sebelum 18 Mei.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN