KAJANG: Seramai 48 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilantik Pengawal Sempadan Malaysia (MBG) bagi memperkukuh keselamatan di pintu masuk utama negara. Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kumpulan pertama itu sudah berjaya melalui proses saringan meliputi ujian psikometrik, fizikal dan sesi temuduga. Beliau berkata, ia membuktikkan bahawa prinsip meritokrasi dan kualiti sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap pelantikan yang dibuat. “Veteran…










