KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus memainkan peranannya sebagai penghubung diplomatik bagi menyelesaikan konflik di Asia Barat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau terus berhubung dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian bagi menyampaikan kebimbangan negara lain di rantau itu termasuk Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi. Kata beliau, Malaysia akan terus memainkan peranan sebagai saluran komunikasi tidak rasmi antara pihak yang berpotensi bertentangan, sekali gus mengurangkan risiko ketegangan…










