PETALING JAYA: UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan sebanyak 4,856 unit pada Februari 2026, sekali gus membawa jumlah jualan terkumpul setakat tahun ini (YTD) kepada 9,556 unit. Prestasi stabil itu mencerminkan permintaan berterusan terhadap model teras syarikat, disokong oleh barisan produk yang diperkukuh serta rangkaian pengedar dan perkhidmatan selepas jualan Toyota di seluruh negara. Presiden UMWT, Datuk Ravindran K. berkata, momentum awal tahun ini didorong oleh pengembangan portfolio kenderaan elektrik…










