Trump gesa NATO, China bantu buka semula Selat Hormuz

Trump gesa NATO, China bantu buka semula Selat Hormuz

TRUMP berucap di atas pentas di Hebron semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menggesa rakan sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan China untuk membantu membuka semula Selat Hormuz, laluan penting penghantaran minyak mentah yang kini secara efektif disekat oleh Iran.

Gesaan itu dibuat ketika kuasa ekonomi utama mula melepaskan rizab minyak pada Isnin bagi mengelakkan gangguan bekalan global.

Harga minyak dunia melonjak antara 40 hingga 50 peratus selepas Iran menyekat laluan perairan tersebut serta menyerang sasaran industri tenaga dan perkapalan di Teluk, sebagai tindak balas terhadap perang yang dilancarkan AS serta Israel terhadap republik Islam itu.

Harga minyak mentah dilaporkan berada sekitar AS$100 (RM393) setong pada Isnin ketika konflik Asia Barat memasuki minggu ketiga, dengan Israel menyatakan masih mempunyai ribuan sasaran di Iran dan terus mengenal pasti sasaran baharu setiap hari.

Trump berkata, Washington sedang mengadakan perbincangan dengan Teheran, namun Iran masih belum bersedia mencapai perjanjian bagi menamatkan perang.

Menteri Luar Iran sebelum ini menafikan wujud sebarang rundingan dengan AS.

“Saya tidak fikir mereka sudah bersedia, tetapi mereka semakin hampir,” kata Trump.

Beliau turut menggesa beberapa negara termasuk China, Perancis, Jepun, Korea Selatan dan Britain supaya menghantar kapal bagi mengiringi kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz.

“Wajar negara yang mendapat manfaat daripada laluan itu membantu memastikan tiada perkara buruk berlaku di sana,” kata Trump kepada Financial Times semalam.

Tidak seperti AS, negara Eropah dan China sangat bergantung kepada rantau Teluk untuk import minyak.

Trump turut mengancam untuk menangguhkan sidang kemuncak yang dirancang dengan pemimpin China, Xi Jinping, akhir bulan ini jika Beijing tidak membanyu membuka semula Selat Hormuz.

Beliau juga memberi amaran jika permintaan itu tidak dilayan, ia boleh membawa kesan buruk kepada masa depan NATO.

Namun, Jepun dan Australia menyatakan mereka tidak merancang untuk menghantar pasukan ke kawasan berkenaan.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN