TIGGO 7 SUV paling selamat, raih penarafan lima bintang global - Utusan Malaysia

TIGGO 7 SUV paling selamat, raih penarafan lima bintang global

CHERY Tiggo 7 PHEV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TIGGO 7 mengukuhkan kedudukannya sebagai Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) paling banyak menerima pengiktirafan apabila menjadi satu-satunya kenderaan jenama China yang meraih penarafan keselamatan lima bintang daripada empat pihak berkuasa automotif global utama.

Model berkenaan menerima penarafan tertinggi daripada European New Car Assessment Programme (Euro NCAP), Australasian NCAP (ANCAP), ASEAN NCAP dan China NCAP (C-NCAP).

Menurut kenyataan, di peringkat rantau ini, TIGGO 7 melakar sejarah pada penghujung 2025 apabila memperoleh skor 94.68 mata daripada ASEAN NCAP dan merupakan markah tertinggi sejak organisasi itu ditubuhkan pada 2011. 

“Ia turut menjadi model plug-in hybrid tunggal yang menerima “skor berganda” bagi kategori Perlindungan Dewasa dan Bantuan Keselamatan.

“SUV ini dilengkapi struktur badan penyerap tenaga jenis sangkar dengan lebih 60 peratus binaannya menggunakan keluli berketumpatan tinggi, selain diperkuat dengan keluli terbentuk panas 1500 MPa di bahagian kritikal serta dilengkapi lapan beg udara sebagai ciri standard.

“Teknologi keselamatan pintarnya merangkumi sistem bantuan pemandu L2+, Brek Kecemasan Automatik (AEB) serta paparan casis lutsinar 540 darjah yang membantu pemandu menghapuskan titik buta,” katanya. 

Di Malaysia, TIGGO 7 ditawarkan dalam dua varian iaitu TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 7 PRO.

Dalam pada itu, Chery Group memulakan tahun 2026 dengan prestasi kukuh apabila mencatatkan jualan global sebanyak 161,000 unit pada Februari lalu, melonjak 41.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Momentum eksport syarikat juga kekal mampan dengan jualan luar negara melebihi 100,000 unit selama sepuluh bulan berturut-turut.

Sehingga kini, Chery telah mengumpul lebih 18.89 juta pengguna di seluruh dunia, menjadikannya jenama automotif China pertama yang melepasi angka enam juta pelanggan antarabangsa. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN