KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri sedia mempertimbang cadangan bersesuaian bagi lokasi selamat untuk bermain bunga api dan mercun pada musim perayaan tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, langkah itu bagi mengelak aktiviti berkenaan dilakukan sewenang-wenangnya di tempat awam. Katanya, ia juga bertujuan melindungi kawasan sensitif seperti hospital, masjid, surau dan kawasan perumahan daripada terganggu dengan permainan bunga api. “Selain soal lokasi,…










