Rubio gesa dunia halang Iran kenakan tol di Selat Hormuz

Rubio gesa dunia halang Iran kenakan tol di Selat Hormuz

MARCO RUBIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, menegaskan Washington mencatat kemajuan bersama sekutu dalam mengekang ancaman Iran untuk mengenakan tol ke atas kapal yang melalui Selat Hormuz, laluan strategik yang mengangkut kira-kira satu perlima bekalan minyak dunia.

Iran menutup sebahagian Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan udara AS-Israel yang dilancarkan sebulan lalu.

Berucap selepas menghadiri mesyuarat Kuasa Tujuh (G7), Rubio menyuarakan kebimbangan Teheran mungkin memperkenalkan sistem tol kekal ke atas laluan itu sejurus tamatnya konflik.

Beliau menekankan AS dan sekutunya akan terus memantau situasi untuk memastikan laluan perdagangan minyak global tidak terjejas.

“Bukan sahaja ini menyalahi undang-undang, ia juga tidak boleh diterima, berbahaya kepada dunia, dan adalah penting dunia mempunyai rancangan untuk menanganinya,” kata Rubio kepada pemberita di Paris.

Rubio berkata, beliau mendapat ‘sokongan meluas’ untuk menentang sebarang tindakan Iran mengenakan tol di selat tersebut.

“Apa yang kami nyatakan ialah negara-negara yang paling terjejas oleh perkara ini perlu bersedia mengambil tindakan, dan kami akan membantu mereka.

“Kami bersedia menjadi sebahagian daripada pakatan itu, tetapi kami menggalakkan pihak lain untuk menyusunnya,” katanya.

Rubio berkata, Britain khususnya ‘memainkan peranan penting’ dalam merangka rancangan untuk menentang tindakan tol oleh Iran.

Selat Hormuz dibuka kepada pelayaran antarabangsa sebelum serangan AS-Israel mencetuskan perang di Asia Barat, yang sekali gus mencetuskan lonjakan harga tenaga global.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN