Mojtaba Khamenei selamat walaupun cedera

Mojtaba Khamenei selamat walaupun cedera

MOJTABA KHAMENEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Pemimpin tertinggi baharu Iran, Mojtaba Khamenei, berada dalam keadaan selamat dan sihat walaupun terdapat laporan mengenai kecederaan beliau semasa perang dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Keadaan Mojtaba disahkan oleh anak Presiden Iran, Yousef Pezeshkian, yang juga penasihat kerajaan menerusi hantaran di Telegram semalam.

“Saya mendengar berita Mojtaba Khamenei telah cedera. Saya bertanya kepada beberapa rakan terdekat dan memberitahu beliau berada dalam keadaan selamat dan sihat,” katanya.

Televisyen negara sebelum ini menggelarkan Mojtaba sebagai ‘veteran perang Ramadan yang cedera’, tetapi tidak menjelaskan jenis kecederaan beliau.

Mojtaba merupakan anak dan pengganti pemerintah Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas Iran pada 28 Februari, sehingga mencetuskan perang di Asia Barat.

Pemimpin berusia 56 tahun itu merupakan tokoh yang bersifat tertutup dan jarang muncul di khalayak atau bercakap pada acara rasmi.

Beliau masih belum menyampaikan ucapan kepada rakyat atau mengeluarkan kenyataan bertulis sejak diumumkan sebagai pemimpin tertinggi Iran pada Ahad lalu.

Memetik tiga pegawai Iran yang tidak dinamakan, New York Times semalam melaporkan Mojtaba mengalami kecederaan, termasuk di kakinya, dan dikatakan sedang berlindung di lokasi selamat dengan komunikasi yang terhad.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN