Meta rancang berhentikan pekerja fokus AI

Meta rancang berhentikan pekerja fokus AI

META pernah menamatkan perkhidmatan 11,000 kakitangan atau kira-kira 13 peratus tenaga kerja pada November 2022.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Syarikat teknologi gergasi, Meta, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya.

Langkah itu dilihat sebagai usaha syarikat tersebut menampung kos pelaburan besar dalam infrastruktur kecerdasan buatan (AI) serta meningkatkan kecekapan melalui penggunaan teknologi AI dalam operasi kerja.

Tiada tarikh yang ditetapkan untuk pelaksanaan pengurangan tersebut dan jumlah sebenar pekerja terlibat juga belum dimuktamadkan, menurut sumber yang mengetahui perkara itu kepada Reuters.

Eksekutif tertinggi syarikat dilaporkan memberi isyarat mengenai rancangan tersebut kepada pemimpin kanan lain dan meminta mereka mula merancang langkah pengurangan tenaga kerja.

Meta bagaimanapun belum memberikan sebarang komen rasmi mengenai laporan tersebut.

Jika Meta bersetuju menetapkan 20 peratus pemberhentian pekerja, ia akan menjadi pemotongan terbesar sejak penstrukturan semula syarikat pada hujung 2022 dan awal 2023 yang digelar sebagai ‘tahun kecekapan.

Sehingga 31 Disember, Meta mempunyai hampir 79,000 pekerja, menurut laporan kewangan terkininya.

Pada November 2022, syarikat itu menamatkan perkhidmatan 11,000 kakitangan atau kira-kira 13 peratus tenaga kerja, dan empat kemudian mengumumkan pengurangan 10,000 pekerjaan.

Sepanjang tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Zuckerberg, giat mendorong Meta untuk bersaing lebih agresif dalam bidang AI generatif.

Syarikat tersebut menawarkan pakej ganjaran besar, termasuk bernilai ratusan juta dolar dalam tempoh empat tahun, bagi menarik penyelidik AI terkemuka ke pasukannya.

Meta turut merancang pelaburan sebanyak AS$600 bilion (RM2.3 trilion) bagi membina pusat data menjelang 2028.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN