Masalah kuasa jejas prestasi Hamilton

Masalah kuasa jejas prestasi Hamilton

LEWIS HAMILTON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pelumba Ferrari, Lewis Hamilton mendedahkan bahawa kekurangan kuasa yang dialaminya dalam Grand Prix (GP) Jepun menjadi faktor utama prestasinya terjejas pada perlumbaan minggu lalu.

Juara dunia tujuh kali itu berada di tempat keenam pada awal perlumbaan, berjaya merampas beberapa kedudukan melalui strategi pit stop semasa kereta keselamatan. 

Namun, Hamilton gagal mengekalkan kedudukan dan kembali ke tempat asal selepas bersaing dengan rakan sepasukan Charles Leclerc.

“Perlumbaan tersebut agak biasa bagi saya. Saya menghadapi masalah kuasa dan hanya mampu bertahan sepanjang masa. Pelumba lain nampaknya lebih berkuasa, jadi kami perlu faham puncanya,” kata Hamilton.

Hamilton turut menambah bahawa walaupun dia menikmati perlumbaan musim ini, situasi kehilangan kuasa membuatkan pengalaman memandu kurang menyeronokkan. 

“Apabila mendapat tayar baharu, saya masih tidak mampu mendahului pelumba lain. Ia sangat mengelirukan,” katanya.

Dalam pada itu, ketua pasukan Ferrari, Fred Vasseur menjelaskan isu tersebut sebahagiannya berpunca daripada Hamilton kehilangan ‘overtake boost’ apabila berada lebih satu saat di belakang kereta di hadapan.

“Kami tahu prestasi (jalan) lurus kami kurang dan kami perlu bekerja ke atasnya. Tapi itulah keadaannya,” kata Vasseur.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN