Marquez rasa bahang cabaran Aprilia di GP Thailand

Marquez rasa bahang cabaran Aprilia di GP Thailand

Pelumba Sepanyol pasukan Ducati Lenovo Team yang menghuni tempat kedua, Marc Marquez meraikan kejayaannya selepas perlumbaan pecut pada Grand Prix MotoGP Thailand di Litar Antarabangsa Buriram, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BURIRAM: Juara bertahan MotoGP, Marc Marquez mengakui bahang kebangkitan Aprilia sudah mula dirasai menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Thailand yang berlangsung petang ini di Litar Antarabangsa Chang.

Walaupun menamatkan sesi latihan di tempat kedua, Marquez ketinggalan lebih empat persepuluh saat di belakang pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi sekali gus memberi amaran awal bahawa saingan kali ini bukan mudah buat Ducati.

Keputusan tersebut jelas membayangkan Aprilia semakin serasi dengan karakter litar Buriram selain berjaya memaksimumkan penggunaan spesifikasi tayar yang digunakan hujung minggu ini.

“Saya perlu tingkatkan diri saya dan terus bekerja pada gaya tunggangan kerana ketika ini saya masih belum menunggang secara automatik.

“Kita lihat esok sama ada saya boleh lakukan satu lagi langkah ke depan, tetapi buat masa ini Aprilia dan Marco nampak sangat laju di sini,” kata Marquez.

Marquez yang masih menggunakan pakej aerodinamik spesifikasi 2024 bagi mengurangkan beban pada bahu kanan yang cedera turut berdepan situasi cemas apabila hampir terkeluar daripada kelompok 10 terbaik untuk slot terus ke Q2.

“Kami ambil sedikit risiko dengan tayar medium dan pada satu ketika saya berada di luar Q2, namun kami bernasib baik hujan hanya turun sedikit dan bukan lebat.

“Pada percubaan terakhir kami lakukan serangan masa dengan baik, tetapi jelas Aprilia sangat kompetitif di sini dan itu sesuatu yang perlu kami hadapi esok,” katanya lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN