PETALING JAYA: Kanak-kanak yang menjadi mangsa eksploitasi keganasan dalam talian perlu diberikan perlindungan sewajarnya dan tidak sepatutnya ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Perkara itu ditegaskan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia – Hak Kanak-kanak (KRPPM-Hak Kanak-kanak) dan beberapa pertubuhan masyarakat sivil. Kumpulan itu merujuk kepada penahanan enam lelaki termasuk tiga remaja bawah umur yang disyaki terlibat dalam aktiviti berorientasikan…










