Lesung sasar 100 pengunjung sehari sepanjang Ramadan - Utusan Malaysia

Lesung sasar 100 pengunjung sehari sepanjang Ramadan

ANTARA hidangan istimewa yang ditawarkan termasuk sup tulang, mee kari serta kambing panggang. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sempena Ramadan tahun ini, Lesung, Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur menyasarkan 100 pengunjung sehari sepanjang tempoh Ramadan.

Membawa konsep Nostalgia Rasa Malaysia, bufet Ramadan kali ini mampu menjadi tarikan utama buat pengunjung.

Pengurus hotel berkenaan, Eugene Yau berkata, sasaran itu dilihat mampu dicapai dengan mengambil kira kapasiti restoran, permintaan pasaran sekitar serta sambutan positif terhadap menu berkonsepkan hidangan nostalgia Malaysia tahun ini.

“Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur memperkenalkan Nostalgia Rasa Malaysia iaitu sebuah bufet Ramadan yang disediakan dengan teliti bagi menampilkan keindahan dan kepelbagaian masakan tradisional.

“Bertempat di Lesung, restoran ikonik hotel ini, bufet tersebut menawarkan suasana yang selesa dan mengundang untuk para tetamu menikmati pengalaman berbuka puasa yang memuaskan,” katanya.

Katanya, dari segi jualan, pihaknya menyasarkan peningkatan sekitar 20 hingga 25 peratus berbanding tahun sebelumnya sepanjang tempoh penganjuran bufet Ramadan kali ini.

“Sasaran ini disokong oleh strategi harga yang kompetitif, promosi awal (early bird), kerjasama korporat serta fokus kepada pengalaman menjamu selera yang menampilkan rasa klasik dan kenangan masakan tradisional,” katanya.

Para tetamu bakal disajikan dengan hidangan lengkap merangkumi pembuka selera, sajian utama istimewa serta pencuci mulut tradisional.

Lebih menarik, pelbagai menu yang disajikan termasuk kerabu, hidangan klasik Melayu sehinggalah kuih-muih tradisional yang digemari ramai.

Menu tahun ini turut mengetengahkan hidangan kegemaran rakyat Malaysia yang disediakan berasaskan resipi tradisional dan rasa autentik.

Antara hidangan istimewa yang ditawarkan termasuk sup tulang, mee kari serta kambing panggang.

Bufet Ramadan ini akan diadakan di Lesung, Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur yang dibuka dari 6.00 petang hingga 9.30 malam sepanjang 23 Februari hingga 15 Mac depan.

Para pengunjung boleh menikmati harga promosi awal dengan kadar khas RM128 (dewasa) untuk tempahan sehingga 31 Januari ini, dan harga kembali pada kadar biasa iaitu RM148 (dewasa) dan RM78 (kanak-kanak) untuk tempahan pada tarikh tersebut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN